Semasa

'Ini Pertandingan Ratu Hodoh Paling Cantik Ke? - Netizen Kutuk Peserta Pertandingan Ratu Cantik Nampak Biasa


Baru-baru ini, tular di media sosial sekeping gambar Ratu Cantik Singapura yang memaparkan 16 orang peserta pertandingan menerima kecaman daripada netizen Singapura.

Ini berikutan menurut mereka tahap kejelitaan peserta di dalam gambar itu kelihatan biasa sahaja dan tidak mencapai kualiti antarabangsa. 

Rata-rata pengguna maya bertindak mengutuk dengan memberi komen seperti, "Tidak boleh tidak Boleh", " Ratu Hodoh Singapura Ke?", Awak bergurau ke?", dan sebagainya. 

Dalam pada itu, memetik laporan AsiaOne, terdapat juga netizen yang curiga dengan status kesahihan peraduan tersebut dari segi perundangan, seolah-olah beranggapan pihak penganjur tidak mengambil serius terhadap penganjuran tersebut. 


Namun demikian, tegas pihak penganjur iaitu ERM Singapore Marketing ketika ditemubual The Straits Times, penganjuran pertandingan tersebut telah berlangsung selama 29 tahun.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang memberi sokongan padu dan kata-kata semangat kepada semua 16 ratu cantik terbabit agar mereka terus berusaha mengharumkan nama negara. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.