Semasa

Janna Nick Bakal Heroin Terbaru Fattah Amin , Netizen Dah Syak Cinta Lokasi Lagi !!!


PELAKON yang hangat bak pisang goreng panas, Fattah Amin sering kali dikaitkan dengan heroin gandingannya dalam mana-mana drama yang dilakonkannya.

Sebelum ini Fattah pernah cinta lokasi dengan pasangannya dalam Suri Hati Mr Pilot iaitu Neelofa.

Selepas episod cintanya bersama Neelofa padam, Fattah dikaitkan pula dengan heroinHero Seorang Cinderella, Fazura.

Walaupun tidak pernah memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung hubungan sebenarnya dengan Fazura, namun rata-rata peminat sukakan gandingan mereka.


Malahan ada juga berharap yang pasangan pelakon popular ini bakal bersatu di dalam kehidupan realiti.

Terbaharu, Fattah bakal kembali memasuki penggambaran drama menerusi drama adaptasi popular Korea Selatan, Coffee Prince. 

Coffee Prince yang pernah ditayangkan di negara Kimchi itu pada 2007 menampilkan gandingan pelakon Gong Yoo dan Yoon Eun-hye.

Dan kali ini Fattah bakal berpasangan pula dengan pelakon yang terkenal dengan imej tomboyish, Janna Nick.

Apakah akan berlaku lagi cinta lokasi selepas ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat! Mesti drama ini bakal jadi hits memandangkan ramai peminat di Malaysia turut mengikuti drama Coffee Prince versi Korea sehingga ia menjadi fenomena satu ketika dahulu.

sumber : newshuubcc 

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.