Semasa

Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Lari Dari Rumah Kerana Tidak Tahan Kena Dera Oleh Bapa Sendiri


Akibat tidak tahan didera oleh bapa sendiri, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun melarikan diri dari rumahnya di Puchong menurut satu laporan dari Sinar Harian. Kanak-kanak perempuan itu telah ditemui oleh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Puchong Prima pada 10 Julai lalu. 

Ketika ditanya oleh lelaki terbabit, kanak-kanak itu mengadu takut untuk pulang ke rumah kerana takut dirotan oleh bapanya sendiri. Mendengar rayuan dari kanak-kanak perempuan itu lelaki tersebut membawa mangsa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan polis. 


Kanak-kanak perempuan itu mempunyai kesan calar dan luka di kedua-dua belah lengan tangannya, betis serta kedua dua belah kakinya selain cedera di bahagian kepala. Kanak-kanak perempuan itu juga mendakwa ibunya telah melarikan diri kerana sering bergaduh dan dipukul. 

Kes kanak-kanak itu masih dalam siasatan dan menunggu tindakan susulan dari piihak berwajib. Semoga nasib kanak-kanak itu dibela oleh pihak yang bertanggungjawab. 




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.