Semasa

Kereta Kabel Tersangkut Selepas Langgar Tiang Sokongan, Buat Penumpang Cemas Dan Takut


Akibat kereta kabel yang dinaiki terlepas dari kabelnya setelah melanggar sebatang tiang sokongan, seramai lebih 75 penumpang terpaksa berdepan situasi yang amat mencemaskan apabila tergantung di udara. 

Difahamkan kren dan tali terpaksa digunakan oleh pasukan penyelamat untuk menyelamatkan orang ramai termasuk kanak-kanak yang terperangkap setinggi 40 meter di udara.

Memetik laporan BBC, terdapat seorang wanita mengandung dan seorang lelaki antara yang mengalami kecederaan semasa misi menyelamat. 

Dilaporkan, kejadian yang merentasi Sungai River di Cologne, Jerman itu berlaku pada jam 3.30pm waktu tempatan dan ketika kejadian sebanyak 32 kereta kabel sedang beroperasi. 


Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam bandaraya North-Rhine-Westphalia, belum dapat dipastikan apa yang menyebabkan kereta itu terlepas dari kabelnya, tetapi jelasnya dia dimaklumkan angin bertiup kencang semasa kejadian.

Manakala pengurus kereta kabel, Thomas Miebach memaklumkan kejadian yang berlaku merupakan insiden pertama dalam tempoh 50 tahun. 

Selain memohon maaf kepada semua penumpang, Thomas turut berjanji akan menjalankan penyiasatan dengan secepat mungkin dan akan mengumumkan hasil siasatan dalam masa terdekat ini. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.