Semasa

'Mak Tak Perasan Anak Tidak Berhelmet Membonceng Di Belakang Hampir Jatuh Dari Motor'



Bahaya selalu ada dimana tidak kira kita menaiki apa jua jenis kenderaan yang ada . Cuma risiko berkurang pada sesuatu kenderaan tu pasti ada . Yang penting selamat sampai yer tak !

Namun apa yang berlaku lewat pagi tadi , seorang kanak-kanak membonceng ibunya tanpa memakai helmet hampir jatuh dari motor mungkin kerana dia mengantuk dan keletihan atas motor .

Kejadian itu dijumpai oleh abang rider ketika melalui kawasan yang sama menuju ke Pulau di Seberang Jaya .  Abang rider atau nama panggilnya hakim ternampak budak tersebut dah menyenget dan hampir jatuh dan hanya bergayut dengan baju ibunya .


Menurut Hakim , kanak-kanak tersebut tidak memakai helmet dan bila-bila masa sahaja boleh jatuh akibat mengantuk atas motor ( kena angin kan rasa pedih nak tutup mata ). Wanita berkenaan bukan sahaja membawa seorang anak , tapi dua orang . Satu didepan dalam bakul berusia 2 tahun , kemudian wanita tersebut menyandang beg lagi menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak dapat memeluk maknya dengan betul tambahan saiz pinggang yang lebih maka lagi sukar untuk dia peluk .

Setelah memikirkan keselamatan mereka , Hakim menghulurkan bantuan menghantar mereka ke tempat yang dituju dengan selamat . Rupanya bukan Hakim sahaja yang perasan kejadian tersebut , ada 2 lagi rider yang memerhati wanita berkenaan jika berlaku apa-apa maka mereka akan terus mendapatkan mereka . 

Syukur ada rider seperti Hakim dan 2 orang lagi rider yang lain . Keprihatinan korang menyelamatkan mereka dari sebarang kejadian buruk berlaku . Ia juga suatu kisah pengajaran rakyat marhaen bahawa masih ada lagi yang susah dalam negara sungguhpun pesat membangun .

Tahniah all rider Malaysia . 

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.