Semasa

'Memang Harga Sebenar Pun, Tapi Dia Pun Tak Jujur' - Pemilik Gerai Bihun Sup Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar Selepas Aduan Pelanggan Jadi Viral


Bulan Mei yang lepas kes nasi sepinggan nasi campur dengan harga RM32 menjadi viral di media sosial. Terbaru, semangkuk gerai bihun sup pula berharga RM13.50! 

Aduan tersebut dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Aswan Chik pada Isnin lalu mendakwa kedai tersebut gagal memberitahu harga sebenar hidangan bihun sup sebelum pesanan dibuat. Berikut status penuh dari netizen tersebut. 


Amat mengejutkan netizen apabila dua mangkuk bihun sup yang kebiasaanya berharga RM5 serta dua gelas Teh O Ais berharga RM31. Baik makan KFC! 

Rata-rata netizen pula sangsi sama ada bihun sup yang dipesan mempunyai tulang atau daging. Namun Aswan memberitahu dia hanya memesan bihun sup biasa.


Malah ada juga netizen mendakwa pernah terkena di gerai yang sama. Beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati supaa tidak mengalami perkara yang sama dan pastikan mendapatkan harga makanan terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.


Namun, pemilik gerai bihun sup tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zam memberitahu, harga bihun sup tersebut adalah harga sebenar kerana dijual menggunakan mangkuk besar dan harganya bergantung pada saiz tulang dan daging. 

Malah dia mendakwa lelaki tersebut tidak jujur kerana jumlah minuman yang dipesan adalah lima dan bukanlah dua gelas seperti aduan yang viral di media sosial. 




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.