Semasa

Mus May Makin Pulih , Isteri Ucap Terima Kasih Kepada Semua Atas Doanya




Alhamdulillah... penyanyi kumpulan May, Mus mula menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih apabila mula membuka mata selepas lapan hari dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma. 

Perkembangan terbaru ini sudah cukup melegakan dan menggembirakan hati isterinya, Suraya Bahari. 

Mus atau atau nama penuhnya Mustaffa Din, 49, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai akibat demam panas sejak tiga hari sebelumnya. 

Beliau kemudian dipindahkan ke ICU Hospital Ampang untuk rawatan lanjut pada 5 Julai lalu. 

Suraya ketika dihubungi berkata, suaminya perlu terus berehat kerana masih lemah akibat kesan ubat. 

"Setakat ini abang Mus tiada respon lain kecuali buka mata. Apabila dengar namanya dipanggil, dia akan mengerlip matanya. 



"Kalau saya nak bercakap dengan dia pun kena perlahan-lahan dan satu-persatu kerana dia masih dalam keadaan separuh sedar," katanya. 

Mengulas lanjut penyakit suaminya, Suraya berkata, doktor menjelaskan ia berpunca daripada masalah darah. 

"Ia bukan kerana demam denggi kerana doktor mengesahkan ia salah-satu penyakit berkaitan darah. 


"Doktor mencuci darahnya serta menggantikan darah baru dan platlet darahnya kini meningkat kepada bacaan 76. Ia perkembangan yang baik," jelasnya. 

Menurut Suraya, sebaik tempoh dos ubat tidur tamat, doktor membuat ujian supaya Mus batuk dan respon yang diberikan amat baik. 

"Dua kali dia batuk dan kini sudah mampu buang air besar. Mungkin abang Mus akan ditahan untuk seminggu lagi di ICU sehingga dia benar-benar pulih. 

"Saya kini perlu banyak berinteraksi dengannya untuk mengembalikan semula ingatannya supaya dia cepat pulih," ujarnya. 



myartist.com

www.kakishare.my





Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.