Semasa

'Naluri Aku Tak Sama Macam Lelaki Lain' - Netizen Kagum Pendedahan Berani Mati Lelaki Suka Kaum Sejenis Yang Ingin Bertaubat



Sejak akhir-akhir ini, golongan LGBT semakin berani mendedahkan diri mereka di khalayak umum. Kadang-kadang kita terbaca juga kisah isteri yang berkahwin dengan suami yang sebenarnya seorang yang sukakan kaum sejenis. Walaupun di dalam lubuk naluri mereka tahu ianya hubungan yang dilaknat oleh Allah SWT. 

Apakah sebenarnya yang terbuku dalam hati mereka sedangkan jika ingin berkahwin sekalipun tidak dibenarkan oleh undang-undang. Ikuti kisah pengakuan benar seorang lelaki gay yang ingin pulang ke jalan yang benar. Walaupun laluan itu sukar namun dia tidak pernah putus asa. 


Here is my 'open letter'. To be read by all. I don't wish for everyone to understand. But at least u might read something about me, about us. Aku lahir sebagai seorang lelaki. Perkara pertama aku buat bila lahir adalah menangis. Tiada siapa ajar aku menangis, tapi aku yg menangis. 

Seawal usia 3 tahun, aku tahu aku gay. Aku tahu yg aku salah sebab aku faham hubungan mestilah seorang lelaki dan perempuan. Membesar dgn satu rahsia yg aku takut org lain tahu. Membesar dgn misconception org lain terhadap aku. Semua bygkan aku akn jadi hero malaya

Indeed, aku membesar dgn sempurna, luar dan dalam. Tapi aku sendiri rasa aku tak sempurna. Naluri aku tak sama mcm lelaki yg lain. Aku pernah berada dalam fasa salahkan tuhan. Dalam berbilion manusia, kenapa aku? Ramai org fikir being gay is a choice. Tapi tak semua. Dalam usia 3 tahun, apa pilihan yg aku boleh buat ? Jadi masih ada yg nak ckp semua gay pilih utk jadi gay ? Kau straight people tak faham. Aku teruskan hidup macam biasa. Mula fikir utk ada gf bukan utk cover up tapi sbb terikut2 dgn kawan lain yg ada gf. I got few.

'Kahwin Bukan Penyelesaian'

Tapi aku putus bila fasa tu tu jadi semakin serius. Tak kurang ada yg parents kami dah kenal satu sama lain, tapi aku decide untuk stop. Kemudian aku masuk fasa utk deserve realness. Sayang dah penuh dalam jiwa tapi nobody utk aku bagi. Aku buntu, antara lelaki atau perempuan. 

Aku decide utk go for someone yg aku fikir betul. I choose a guy. Did i lose my battle. No. Kenapa aku nak kena berperang dgn diri sendiri. I enjoy the relationship. Walaupun sembunyi-sembunyi tapi its okay. Plus aku bukan jenis suka update hal privasi aku. Last for 2 years.

Tahu kenapa stop ? Sebab kami berdua fikir, mana hujung relationship ni. Ketakutan kpd masyarakat dan keluarga dtg semula. Takut pd judgement manusia yg akan bercakap, kenapa tak kahwin lagi. Takut kalau ada yg kami kenal, terjumpa kami. Takut dgn mati pun sama. Akhirnya aku dalam fasa No String Attached. Kau takkan rasa betapa besar tanggungjawab yg dipikul seorang LGBT yg berkeluarga & beragama. Sebagai lelaki gay (perempuan les pun sama). We live by our parents expectation. By agama yg dah beri garis panduan. We aware of that.

Tapi tak ramai nak tepuk bahu dan cakap 'kuatnya kau. Kau masih boleh hidup tekanan maha dahsyat macam ni ?' Everytime ada straight people suggest gay people kahwinlah. Aku nak je cakap, bagi aku adik/akak kau dan biar aku kahwin dengan dia. Aku nak supaya kau faham sendiri kenapa kahwin bukan solution utk aku. Supaya kau baca jawapannya atas kertas cerai, mahkamah Syariah. Some memilih utk hidup seorang diri. Pada mata manusia, kau penakut. Bagi aku, kau yg paling kuat. Menjaga diri dan org lain yg tak faham.

'Tiket Percutian Sehala Ke Neraka'

Tapi bagi aku, aku pilih untuk hidup sebagaimana aku ditakdirkan. Ubah takdir ? Kalau kau boleh hidupkan takdir org mati, aku sanggup ikut. Cuba kau duduk sekejap dan tanya. 'Kenapa aku straight, kenapa dia gay' . Aku sampai skrg tak jumpa jawapan sbb aku gay sejak azali. Setiap saat hidup aku, di mata seorang manusia normal adalah dosa. Pada mata aku, besarnya rahmat tuhan pd aku yg diuji

Should i advice gay people to marry. I won't. Should i advice you to spare most of your times to be straight. I won't. Becase idk your story. Masyarakat berhak utk hukum dan judge sbb tu tugas manusia. Tapi aku suka apa yg agama cakap utk manusia macam aku. Dalam sibuk manusia dah packing aku siap2 tiket percutian sehala ke neraka tak balik-balik, agama kata sebaik-baik org adalah yg bertaubat. Sebaik-baik manusia adalah taqwa & amal soleh. Sebaik-baik manusia adalah yg mengingati Aku (tuhan) pada hujung hayatnya, pd hujung bibirnya

Aku rasa tuhan tu maha kuasa. Betul tuhan kata aku berdosa dengan tindakan aku. Tapi x pernah aku dihukum dgn naluri danbtakdir yg Dia bagi. Aku bersyukur manusia bukan tuhan. Kalau ikut agama Manusia, solat dan amal seorang gay tak akan diterima selagi mana punya nafsu songsang. Tapi mengikut agama Tuhan, hanya amal & taqwa yg bezakan kita. Bukan naluri, bukan nafsu. Solat jadi perkara pertama dihisab, bkn seksualiti.

'Cukuplah Tuhan Ada Dalam Hati Kami'

So basically, kalau org tanya apa lelaki gay mcm aku nak ? Kahwin sesama jenis? Hak istimewa ? No. Hell no. Aku cuma nak diri aku. Aku cuma nak hidup macam manusia biasa. Tak perlu point out aku gay. I know that. Just layan dan anggaplah aku manusia. Tanpa perlu label. Pada setiap hujung solat, selepas siap semua zikir dan tahmid. Aku masih diam atas sejadah. Mengelus jari, angkat kedua-duanya dan berdoa

Ya Allah ya tuhanku,
Tidaklah hamba memohon apa-apa lagi nikmat. Semuanya malah Kau lebih-lebihkan. 
Tidaklah harta yang aku berkehendakkan
Tidaklah setinggi gunung kesabaran yg aku pohonkan
Tidaklah seluas lautan kebaikan yg aku inginkan
Cukuplah Kau angkat ujian naluri ini
Dan buangkan jauh-jauh.
Jgn pula Kau sandarkan pd manusia yg lainnya
Kerana berat ujian ini tidak tertanggung
Sakitnya ujian ini tak terperi

Menangis jugaklah aku taip benda ni sambil azan Zuhur kat TV ni. Aduh sentap klu ada org bercakap ttg agama pd manusia x sempurna mcm aku ni. 'dan barangsiapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan dan memberikannya jalan'. Ke hadapan manusia 'normal'. Cukuplah Tuhan ada dalam hati.

Tak perlu penuhkan dengan judgement dan kejian dalam hati kami. Tapi kalau tuhan kata inilah hidup kita, dgn bangga dan senang hatinya I will enjoy my life. Hell yeah !



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.