Semasa

Padah Bermain Dalam Kelas , Cikgu Tekap Besi Pengasah Pensil Yang Dipanaskan Kemuka Pelajar Sebagai Hukuman


Kebiasaannya kita dengar kes sebegini berlaku di sekolah menengah , namun kali ini dilaporkan menjadi kes pertama seorang guru memberikan hukuman terhadap pelajar sekolah rendah .

Menurut Malaysiakini , Seorang guru Matematik disebuah sekolah di Port Dickson dikatakan telah mendera salah seorang pelajar pagi semalam .

Mangsa , Fikir 8 Tahun dikatakan ketika kejadian sedang bermain semasa guru berkenaan sedang mengajar dihadapan .

Berang dan kemudian naik angin , guru lelaki berkenaan bertindak memanaskan pengasah pensel . 

Dia dikatakan menggosok pengasah pensil berkenaan  di lantai untuk memanaskan bahagian besi sebelum menekap ke pipi mangsa . Tindakan itu telah menyebabkan pip mangsa mengelembung dan kemudiannya mengelupas .

"Bukan setakat itu , guru berkenaan juga menampar pelajar berkenaan beberapa kali ditempat luka "

Fikri kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut .

Ibu Fikri juga dikatakan telah menghantar mesej pesanan melalui whatsapp , namun jawapan yang diterima tidak memuaskan .

Laporan polis telah dibuat untuk mengambil tindakan undang-undang jika guru berkenaan tidak tampil berjumpa dengan ibubapa Fikri .

sumber : malaysiakini
www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.