Semasa

Padah tunjuk 'jari kesebelas' dan cuba langgar wanita berpantang, lelaki ditahan polis


MELAKA - Lelaki yang menunjukkan 'jari kesebelas' dan cuba melanggar seorang wanita berpantang yang menegurnya pada Selasa lalu, ditahan polis, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisoner Azfanizar Ahmad, mengesahkan pihaknya menerima laporan dari mangsa berhubung kejadian yang berlaku pada jam 1.30 pagi Selasa itu. 

"Hasil laporan dibuat, kami menahan suspek yang berusia 24 tahun di sebuah rumah di Pulau Gadong jam 10.50 malam, Rabu lalu. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 337/506 dan kami masih mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. 

Dalam kejadian awal pagi itu, mangsa, Nur Dhila, terpaksa menegur tindakan lelaki terbabit yang menekan pedal minyak keretanya dengan kuat berkali-kali sehingga menyebabkan bunyi bising, membuatkan bayinya terjaga dari tidur lalu menangis. 

Bagaimanapun, lelaki itu berang selepas ditegur menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. 

"Ingatkan bolehlah cakap baik-baik sebab memang saya cakap pada dia, kalau dia ada masalah dengan jiran saya, pergilah settle baik-baik. Jangan buat bising begini, ganggu orang nak tidur. Tetapi dia boleh pula kata suka hati dia nak buat apa," kata Nur Dhila yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak. 

Dalam video yang viral di media sosial, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah, cuba merampas telefon dan merentap perut mangsa, selain cuba melanggar mangsa dengan kereta Perodua Kancilnya itu, namun berjaya dielak.

Ketika kejadian itu berlaku, jiran di sebelah rumahnya langsung tidak mendengar apa-apa. Namun Nur Dhila berkata, jiran di sebelah hujung rumahnya terdengar dan keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku. 

Ekoran kejadian itu, Nur Dhila yang bersalin secara pembedahan mengalami bentan selama sehari dan terpaksa berjalan menunduk memegang perutnya. 


Video yang dimuat naik itu telah dikongsi lebih dari 25,000 kali dan 16 likes di Facebook.

Berita berkaitan:
'Dia rentap perut dan cuba melanggar saya dengan sengaja' - mangsa


Sumber : GengViral

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.