Semasa

Pemandu Kereta Tak Sabar Nak Masuk Simpang, Penunggang Motosikal Yang Menjadi Mangsa


Lagi kisah malang tak berbau. Bukan mencari salah siapa tapi lebih kepada berharap supaya pengguna jalan raya lebih peka dan berhati-hati ketika memandu. Seperti yang berlaku di satu persimpangan di Batu Pahat, Johor. 

Dalam satu video yang menjadi viral di media sosial, seorang penunggang motosikal menjadi mangsa akibat dilanggar sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan. 

Namun jika diperhatikan, kemalangan tersebut berlaku kerana kereta perodua Axia itu berada di jalan utama dan sebenarnya cuba untuk mengelak sebuah kereta lain yang sedang membelok untuk masuk ke simpang berkenaan. 

Menerusi maklum balas netizen, simpang berkenaan sering kali berlaku kemalangan akibat kecuaian dari pengguna jalanraya itu sendiri. Yang pasti dalam video ini, akibat kecuaian pemandu lain penunggang motosikal pula yang menjadi mangsa. Lihat video tersebut di bawah: 



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.