Terkini

Pencuri warga Nepal dibelasah penduduk


KLANG, SELANGOR - Dasar manusia tak sedar dek untung, seorang penjenayah warga Nepal ditangkap dan dibelasah penduduk ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Pandamaran Jaya, lapor Berita Harian. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, penghuni rumah berusia 33 tahun terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising di bahagian belakang rumahnya. 

Mangsa kemudian bangun dan memeriksa kawasan rumahnya sebelum ternampak suspek dan rakannya cuba memecah masuk rumahnya. 

"Mangsa segera menghubungi jirannya untuk meminta bantuan dan mereka berjaya menahan seorang suspek, manakala rakannya berjaya melarikan diri. 

"Selepas menahan seorang suspek, ada antara penduduk membelasahnya sehingga cedera," katanya. 

Hasil siasatan mendapati, suspek yang ditahan adalah warganegara Nepal berusia 26 tahun. 

Polis juga merampas pisau berukuran 14 sentimeter dari suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah. 
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.