Terkini

'Poligami ke ni?' - Netizen teruja dengan gambar keluarga comel ini


Niat berkongsi gambar keluarga di laman Instagram membuatkan ramai yang salah faham dan menganggap wanita itu telah berpoligami di usia yang muda. 

Tidak dinafikan jika gambar itu dipandang seimbas lalu, tidak ubah seperti keluarga poligami. Namun sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan. 

Menurut Fatihah Faizur, gambar yang dimuat naik itu adalah gambar adik beradik kandung bersama dengan adik beradik tirinya, hasil perkahwinan kedua bapa mereka. 

"My siblings picture turns out to be family picture," tulisnya di Twitter yang turut ketawa dengan tanggapan netizen itu. 


"Okeylah saya kongsi sedikit kisah saya. Ketika berusia 15 tahun, saya dapat ibu kedua. Jadi, ada jarak usia yang agak jauh di antara kami dengan adik-beradik tiri. 

"Sudah sembilan tahun berlalu. Alhamdulillah kami masih kekal sebagai satu keluarga," jelasnya. 





Comel-comel kesemuanya, kan? Semoga kekal bahagia dan dipermudahkan segala urusan. 
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.