Semasa

Polis Akan Ambil Tindakan Kumpulan Pelajar Perempuan Yang Membelasah Rakan Secara 'Berjemaah'


Video sekumpulan pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Kunak telah menjadi viral di media sosial kerana menumbuk dan menendang seorang rakan mereka secara beramai-ramai. 

Dalam video tersebut kejadian berlaku di atas padang sebuah sekolah di daerah tersebut. Mangsa ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan turut masuk campur tangan dan mengambil kesempatan dengan menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi. 




Menerusi video yang berdurasi selama 1 minit 39 saat itu, mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga mangsa terjatuh. Namun kumpulan pelajar tersebut terus memijak dan menumbuk mangsa. Mangsa juga turut merayu supaya berhenti dari membelasahnya tapi tidak diendahkan oleh kumpulan pelajar berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

"Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya," katanya. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.