Semasa

PPIM Serbu Syarikat Untuk Tuntut Semula Mangsa Kereta Pajak Hampir Jadi Kecoh


Kehadiran wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa pemilik kenderaan untuk menuntut semula kenderaan yang didakwa diperdaya sebuah syarikat pajakan hampir bertukar tegang apabila berlaku perang mulut ketika datang ke syarikat itu yang terletak di Seri Kembangan, semalam.

Skim pajakan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut menjanjikan pendapatan pasif menerusi pembelian kereta baru dan kemudian memajaknya kepada syarikat tersebut dengan pembeli dibayar secara bulanan. 

Namun, selepas setahun menyertai skim tersebut, pihak syarikat tersebut mula 'liat' membayar kepada pembeli menyebabkan nama pembeli membuat aduan kepada PPIM setelah segala usaha menemui jalan buntu untuk selesaikan masalah yang dihadapi. 

Pada mulanya, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi duduk berbincang bersama dua orang pengarah syarikat itu sambil menerangkan tidak ada akta atau undang-undang yang membolehkan syarikat itu menarik kereta dan meminta agar memulangkan semula kunci kereta kepada kesemua pemilik kenderaan yang terlibat.


Ini kerana, dakwa PPIM, kesemua pemilik kenderaan berdepan dengan risiko muflis atau disenarai hitam kerana gagal membayar ansuran bulanan kepada pihak bank.

Namun, pihak syarikat terbabit enggan menurut kehendak PPIM dan memaklumkan bahawa mereka baru sahaja mengambil alih syarikat itu sejak dua bulan lalu. Bagaimanapun, pihak syarikat mengharapkan kerjasama daripada pemilik-pemilik kenderaan supaya bersabar dan memberi tempoh dua hingga tiga bulan untuk memperbaiki struktur operasi perniagaan.

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku selepas tempoh itu, kata syarikat terbabit, kesemua pemilik kereta itu boleh mengambil kereta masing-masing.

Dalam pada itu, kekecohan berlaku di luar premis syarikat itu apabila pihak PPIM mahu mendapatkan semula sebuah kereta yang ditarik untuk dikembalikan kepada pemilik kenderaan itu. Kekecohan itu berjaya dileraikan setelah polis tiba di lokasi berkenaan. 

Menurut Yusuf Azmi lagi, semua kereta berjaya dikeluarkan dari gudang syarikat berkenaan pada malam semalam. 




Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.