Semasa

'Rumah ke ape ni s*al?' - Student jahanamkan rumah sewa


GAMBANG, PAHANG - Viral di media sosial, luahan kesal seorang pengguna Twitter terhadap penyewa rumah kakaknya yang didakwa telah 'membaraikan' rumah tersebut. 

Ashry Razak yang memuat naik gambar-gambar itu di Twitternya hari ini, berkata, disebabkan masalah tersebut, kesemua penyewa rumah terbabit yang merupakan pelajar dihalau serta-merta.

"Kakak saya dah kena. Rumah yang disewakan kepada student, last-last rumah barai. Hari ini juga mereka semua kena halau sebab banyak masalah. Rumah ke apa ni, s*al?" tulisnya di Twitter. 

Melihat gambar-gambar keadaan rumahnya, amat teruk sekali. Malah perabot yang disediakan oleh pemilik rumah juga rosak dan hancur. Bukan itu sahaja, malah sampah dibuang di belakang rumah sehingga penuh menimbun. 

"Orang dah bagi sewa, dah kira baik dah. Siap sport rim motosikal letak di sofa. Amboi, kemain? Rasa korang dah boleh teka kot penyewa ini orang mana.


"Sewa bulan lepas baru bayar malam tadi? Orang dah bagi muka pun buat taik. Kakak saya masih ada rasa kasihan sebab mereka ini masih student lagi.

"Bil elektrik bulan April dekat RM200. Entah apa yang mereka buat. Baca sendiri budak mana yang kakak saya cakap bermasalah itu. Saya malas nak mention," katanya. 






"Puak-puak mereka ini, saya rasa memang ada masalah dengan kebersihan. Tak faham macam mana mereka boleh duduk dalam rumah dengan keadaan seperti ini. Bila dah bagi sewa, begini pula jadinya. Dulu masa nak masuk, bukan main lagi janji macam-macam," katanya. 

Jelas Ashry, sebelum ini kakaknya pernah menyewakan rumah itu kepada pensyarah sebab tahu perangai pelajar yang gemar mewujudkan masalah. Namun disebabkan timbul rasa simpati dan kasihan, lalu disewakan kepada empat penyewa lelaki itu. 

Rumah yang disewakan, bukanlah rumah yang kosong. Tetapi dibekalkan dengan perabot. Malangnya penyewanya tidak menjaga rumah seperti yang diharapkan menyebabkan pemiliknya terpaksa menghalau keluar kesemua penyewanya pada hari kejadian. 




"Hari ini juga kakak saya halau mereka semua keluar. Deposit rumah memang takkan dipulangkan balik. Kakak saya juga dah maklumkan kepada ibu bapa mereka. 

"Kalau tak boleh nak bersihkan rumah sampai berkilat, itu orang fahamlah. Tetapi sekurang-kurangnya kemas, buang sampah, basuh pinggan mangkuk. Saya dulu duduk rumah sewa juga semasa study. Rumah bersepah juga biasalah, kan? Tetapi tak adalah sampai ke tahap seperti ini. Setiap bulan gotong-royong okay saja. 


"Gila babi macam mana boleh duduk rumah macam itu. Sampah berlonggok di pintu belakang, takkan tak terhidu bau sampah?" katanya lagi. 

Walau bagaimanapun, netizen tidak bersetuju dengan tuduhannya yang mengatakan semua individu berasal dari negeri itu adalah pengotor. Ini kerana masalah yang timbul itu adalah berkaitan dengan sikap individu berkenaan. Tiada sebab yang munasabah untuk mengheret dan melabelkan kesemua warga negeri itu bersikap pengotor. 

Adab tinggal di rumah sewa, jagalah rumah itu seperti rumah diri sendiri. Status bujang atau student, bukan green light untuk bersikap pengotor dan kononnya dah kahwin nanti sikap pengotor ini akan hilang. Tidak dinafikan juga, disebabkan segelintir penyewa berperangai seperti ini menyebabkan pemilik rumah sewa menaikkan harga dan gemar memilih jantina penyewa. 


Sumber : GengViral

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.