Semasa

'Saya pukul sebab nak mengajar isteri, salahkah?'


Menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga, bukanlah pilihan yang terbaik. Sebaliknya ia satu tindakan yang boleh menyebabkan diri dikenakan tindakan undang-undang. Namun ada segelintir lelaki bergelar suami hilang sabar dan naik tangan pada isteri. Jika itu berlaku, apa yang anda patut lakukan? 

Menurut Puan Fadhlina, buat laporan polis. Itu sahaja? Baca langkah seterusnya. 

SAYA menjadi bengong seketika bila mendengar lelaki ini menjawab apabila ditanya oleh pegawai penyiasat, mengapa beliau memukul dan menerajang isterinya. 

"Saya mengajar isteri saya, salahkah?"

Saudara, dalam 7 hari, 5 hari adalah hari yang penuh kehibaan bagi saya. Lima hari ini saya mendengar, membimbing dan menasihati wanita-wanita yang dipukul dan dibelasah. Ada yang hidup tetapi jiwanya rapuh. Ada yang nyawa-nyawa ikan tetapi bangkit berjuang. Ada yang senyap, diam, sunyi sepi. Entah hidup atau mati. 

Saya ingin pesan tatacara berikut. Simpan, hafal dan didik wanita lain untuk bangkit dan melawan kezaliman ini. 

1. Apabila berlaku keganasan rumahtangga, pastikan anda membuat laporan polis. Minta pegawai penyiasat terus membuka fail siasatan. Terus mohon Perintah Perlindungan Sementara. Jangan sesekali tarik balik aduan!

2. Sepatutnya setiap balai polis mempunyai pegawai khas yang menangani kes keganasan rumahtangga. Pastikan kaki pukul ini dibawa ke muka pengadilan. 

3. Laporan perubatan di hospital kerajaan. Pastikan anda mendapat laporan perubatan penuh.


4. Keluar dari rumah kelamin dan cari tempat perlindungan sementara dan failkan kes yang sesuai. Jika Fasakh atau takliq, semua laporan tersebut sangat penting jika anda tiada saksi.

5. Keganasan rumahtangga adalah kitaran yang kejam. Ada anak-anak yang sedang memerhati dan akan mengulang perilaku yang sama. Jangan sampai anak menjawab, "Bapa pukul ibu kerana mahu mengajar ibu, salahkah?"

Tuhan, ampuni kami.



Sumber : GengViral

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.