Semasa

Sedih Dan Kejam! Mayat Budak Lelaki Ditemui Oleh Pekerja Warga Asing Dalam Bungkusan Beg Plastik Hitam


Sungguh kejam! Seorang pekerja pekerja warga asing menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki ketika sedang membersihkan longkang berhampiran sebuah bengkel kereta di Jalan Kampung Chin Lee, Batu 6 Kepong. 

Mayat kanak-kanak itu dianggarkan dalam lingkungan tiga atau empat tahun ditemui sudah mula reput. Menurut pekerja warga asing itu, dia terhidu bau busuk sebelum ternampak sebelah kaki kanak-kanak itu yang sudah berulat terkeluar dari bungkusan plastik hitam. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, mayat budak tersebut masih lagi memakai pakaian yang lengkap berserta dengan lampin pakai buang. 

Anggota forensik yang dikerah ke lokasi berkata mayat budak tersebut mempunyai kesan kecederaan di kepalanya di sebelah kanan dipercayai mengalami akibat hentakan yang kuat. 

Mayat budak tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untu dibedah siasat. Semoga pihak polis berjaya menangkap si pelaku yang sanggup melakukan tindakan yang agak di luar batasan sehingga mendatangkan kematian. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.