Semasa

Selepas 7 Tahun Lelaki Ini Jumpa Cara Atasi Masalah Bau Najis Kucing, Netizen Turut Teruja Kongsi Tips Beliau


Siapa yang tinggal di taman perumahan pasti mempunyai masalah najis kucing yang melepaskan hajat tak kira tempat. Tak kisahlah sama ada kucing jiran ataupun kucing liar. Sudah pasti bau busuk dari najis kucing itu mendatangkan masalah kepada tuan punya rumah dan apabila saudara mara hendak bertandang pun pasti malu dengan bau busuk najis kucing itu. 

Namun anda mungkin boleh mencuba tips yang dikongsi oleh Osman Affan ini. Perkongsian dari beliau sehingga kini telah menjadi perhatian netizen sehingga dikongsi hampir 8 ribu kali. Tipsnya sangat mudah dan kosnya pula dibawah RM10. 


Sejak 7 tahun lepas, saya & Puan Isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing2 liar suka benor melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah tu.

Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing..... macam2 caralah...! 

Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.

Pelik tapi Alhamdulillah, sudah 4 hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.

Bahan tu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.

Harga sepaket pula cuma lebih kurang RM6. Hihi... macam ejen penjual produk Daiso pulak rasanya. Tapi kalau ada mana2 sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba. 



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.