Terkini

Seorang terkorban dan lima buah kenderaan hangus dijilat api


BINTULU, SARAWAK - Seorang lelaki dilaporkan rentung dijilat api selepas lori yang membawa muatan bahan api terbalik lalu terbakar, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi di Jalan Kidurong, lori yang membawa muatan bahan api itu dilaporkan terbalik lalu terbakar. Api kebakaran itu menyambar empat buah kenderaan berhampiran.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 pagi berhubung kejadian tersebut.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam laporan Harian Metro, seorang lelaki ditemui di bawah sebuah kenderaan, namun status mangsa masih belum dapat dikenal pasti.








SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.