Semasa

Tak Logik Betul? Shell Dan Norshafila Juga Patut Dipersalah Kerana Buat Iklan Sampai Kena Raba?


Aksi beberapa lelaki yang 'mencabul' kehormatan poster model Shell telah menjadi bualan hangat di dalam media sosial. Kes itu telahpun tersebar sehingga BBC News juga turut membuat liputan terhadap kes tersebut. 

Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah segelintir pihak yang menyalahkan Shell dan model papan poster tersebut, Nor Shafila. Dalam satu kenyataan oleh Presiden Isma, pihak Shell juga harus dipersalahkan kerana iklan yang memperagakan wanita walaupun bertudung. Baca berita penuh tersebut disini

Malah Presiden Isma tersebut juga menyalahkan Shafila kerana sebagai wanita bermaruah beliau tidak patut menerima tawaran untuk menjadi model mempromosikan jualan. 

Satu perkongsian dari Mufarwa Farid ini harus dijadikan pengajaran kerana perbuatan membuat isyarat lucah adalah satu kesalahan undang-undang. 

Perbuatan buat isyarat lucah pada patung gambar kadbod kat Shell tu bukan main-main ya tuan-tuan dan puan puan sekalian.

Dalam undang-undang negara kita, Seksyen 509 Kanun Keseksaan ada tulis ciri-ciri jenayah berkenaan mengaibkan kehormatan seseorang melalui perkataan atau isyarat:

"Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya."

Dalam kes patung Shell ni, diorang ni ada memenuhi kriteria yang disebutkan dalam Seksyen 509 ini iaitu:

1) Membuat isyarat yang mengaibkan kehormatan.

2) Menggangu kesantunan seseorang.

Benda ni bukan main-main. Masuk penjara sampai 5 tahun tau. Hari ni masuk penjara, keluar-keluar dah boleh tengok kereta terbang.

Nak buat sekadar gurau, kau buatlah dengan member-member kau saja. Ini sampai ambik gambar, lepas tu upload pulak kat media sosial, itu namanya cari nahas.

Kalau si pemilik gambar tu report kat polis, kau masuk mahkamah, pandai-pandailah cerita kat hakim tentang tujuan kau ambik gambar perempuan tu dengan aksi lucah.

Kalau kau rasa hakim boleh terima alasan 'saya hanya sekadar bergurau', bernasib baiklah kau.

Tapi kalau hakim tak terima, hm...



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.