Terkini

Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta


KLANG, SELANGOR - Sejenis bom buatan sendiri ditemui dalam kereta seorang jururawat berusia 27 tahun, malam tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 10 malam semalam, wanita yang memandu kereta Proton Saga itu dalam perjalanan pulang ke rumah, terdengar bunyi 'beep' sebelum memberhentikan kereta di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar, untuk meminta bantuan.

Selepas diperiksa, bapa saudaranya menemui sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan yang dilekatkan di bawah bumper kereta jururawat berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED). Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa," katanya.

IED itu kemudian dimusnahkan di kawasan padang bola bersebelahan dengan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom, jam 2.30 pagi tadi. 


Lapor China Press, polis mengesyaki IED itu dilekatkan di kereta jururawat berkenaan di bahagian parking ketika wanita itu sedang bekerja. Meskipun IED itu tidak berupaya mengakibatkan kematian, namun ia tetap berbahaya. 

Mangsa mengesyaki IED yang dilekatkan pada keretanya itu dilakukan oleh bekas teman lelakinya. Ini kerana dia baru saja memutuskan hubungan dengan lelaki itu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun dan mendapati lelaki itu berlaku curang terhadapnya. 

Bagaimanapun, lelaki itu meminta pampasan di atas tindakan jururawat berkenaan. Namun tuntutannya itu tidak dipenuhi menyebabkan lelaki itu menganggunya beberapa kali sehingga dia tidak mempunyai pilihan lain untuk membuat laporan polis. 

Difahamkan, mangsa telah membuat sebanyak lima laporan polis secara berasingan terhadap lelaki itu yang seringkali menganggunya. 

Dalam laporan Harian Metro hari ini, bekas teman lelaki jururawat berkenaan telah ditahan di rumahnya di Taman Petaling Indah, Klang, dalam serbuan jam 3.30 pagi tadi. 

Suspek berusia 28 tahun, merupakan bekas penuntut kolej swasta dalam bidang elektronik pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai jurujual di kedai elektrik. 

Pemeriksaan polis di kediaman suspek juga menemui beberapa alat elektronik termasuk alatan dan mercun letupan yang disyaki digunakan untuk membuat bahan letupan jenis IED. 

"Suspek mengaku sebagai bekas kekasih kepada mangsa dan kini mereka sedang berbalah disebabkan masalah kewangan. Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenar. 

"Reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini sehingga 13 Julai ini," katanya.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.