Semasa

Allahuakbar! Lelaki Kurang Siuman Sanggup Redah Api Untuk Selamatkan Senaskah Al-Quran


Allahu, sebak pula bila baca kisah ini. Walaupun keadaan mentalnya agak kurang dan tidak seperti orang lain, lelaki ini sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan senaskhah Al-Quran yang menjadi panduan setiap mereka yang beragama Islam. 

Memetik laporan Sinar Harian,Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7 pagi di Kampung Sungai Haji Muhammad. Jiran mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut sedang bersiap untuk menghantar anaknya ke sekolah namun tercium bau asap yang datang dari rumah mangsa. 

Pada mulanya jiran tersebut menyangka jirannya itu membakar bekas telur untuk menghalau nyamuk namun menyedari bau asap makin kuat dan terkejut apabila melihat api sedang mara di bahagian dapur rumah mangsa.


Mangsa, Daud Ibrahim kemudian dilihat berlari ke luar dari rumah tetapi tidak lama kemudian masuk kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar. Selepas seketika, mangsa nekad terjun dari rumahnya yang sedang marak ditelan api. Daud terbaring di bawah rumah dengan separuh badannya terbakar. 

Mangsa kemudian di hantar ke Klinik Kesihatan Selekoh oleh orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Mangsa bangun sendiri sambil membawa beg yang sempat diselamatkan. Beg tersebut berisi Al-Quran dan beberapa buku lain seperti Surah Yaasin dan Al Mathurat. 

Menurut jiran mangsa lagi, rumah tersebut adalah rumah peninggalan nenek mangsa yang tidak berpenghuni. Kasihan sungguh, semoga mangsa cepat sembuh dari kecederaan yang diterima. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.