Semasa

Anak Terabai Tak Diberi Susu Seminggu, Ibu Bapa Asyik Hisap Dadah


Kenapa dadah itu dianggap najis? Ini salah satu sebabnya. Pasangan suami isteri ini lebih fokus untuk mengambil dadah sehingga mengabaikan anak-anak mereka yang berusia 1 tahun dan 3 tahun. Bak kata orang, sekali dah terjebak memang susah untuk fokus pada benda lain. 

Dalam satu laporan New Straits Times, satu operasi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah menggeledah rumah pasangan suami isteri tersebut. Ketika diperiksa, anak-anak mereka terbiar dan tidak diberikan susu lebih dari seminggu kerana pasangan tersebut terlalu leka dengan menghisap dadah. 

Hasil pemeriksaan, pasangan tersebut telah sah positif dadah jenis methamphetamine. Lebih memeranjatkan lagi apabila pihak agensi tersebut mendapati isteri kepada lelaki tersebut sedang mengandung 5 bulan. 

Pasangan tersebut baru saja dibebaskan dari penjara enam bulan yang lalu atas kesalahan yang sama. Menurut Pengarah NADA, Azizah Ahmad si suami tersebut baru sahaja menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Perlis dan si isteri pula baru dibebaskan dari Penjara Pokok Sena pada bulan Mac yang lalu. 

Anak-anak mereka kini telah ditempatkan di bawah jagaan nenek mereka buat sementara waktu dan kes telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan untuk tindakan lanjut. Kasihan sungguh tengok anak-anak kecil menjadi mangsa ibu bapa yang ketagihan dadah. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.