Semasa

'Berani Datang Sini' - Ini Amaran Isteri Saleem Yang Bengang Dengan Syarikat Rakaman Syafiq


Kisah antara penyanyi Saleem dan anaknya Syafiq Farhain mencetuskan kekecohan di media sosial. Ketegangan bermula apabila Saleem tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat rakaman Syafiq yang kerap menggunakan namanya sehingga menganggu periuk nasi vokalis kumpulan Iklim itu. 

Memetik laporan dari Harian Metro, Syafiq telah pun memohon maaf kepada bapanya jika sebelum ini dia pernah bercerita tentang perkara yang tidak elok tentang bapanya itu. Malah, Syafiq juga mengakui hubungannya dan Saleem masih lagi baik. 

Dan terbaru, isteri Saleem yang juga pengurus tampil untuk bertemu dengan syarikat rakaman Syafiq untuk menyelesaikan beberapa perkara. Video secara langsung yang dimuat naik oleh Utusan Online itu turut mendapat perhatian netizen. 

Menerusi video tersebut, Julia ternyata amat berang dengan tindakan syarikat rakaman tersebut yang didakwa menggunakan nama Saleem untuk mempromosikan penyanyi baru itu. Katanya lagi, syarikat tersebut sering mengeji Saleem ketika penyanyi itu terlantar di hospital baru-baru ini. 

"Mulanya saya warning dia, kau nak promosi album baru kau, jangan kaitkan nama Saleem. Kaut keuntungan poket sendiri. Saleem masih hidup."

"Apa motif nak pakai nama Saleem untuk promosikan album baru kau. Saya dah bagi surat larangan tapi mereka buat juga. Jangan kaitkan nama Saleem dalam promosi album. Berdiri di atas bakat sendiri."

Rata-rata netizen mahu Saleem dan Syafiq berbaik semula dan berdamai. Semoga perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak. 


Berikut video penuh yang dipetik dari laman Facebook Utusan Online. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.