Semasa

Biker Maut Dalam Kemalangan Tragis Di Kulai, Anak Mangsa Mohon Jangan Sebarkan Gambar Mangsa


Semalam, satu kemalangan tragis berlaku di Kulai, johor apabila seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berumur 53 tahun terpelanting ke udara sebelum mendarat di atas jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan dan dipercayai maut di tempat kejadian. 

Badan penunggang tersebut kemudia telah dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut sehingga menyebabkan badan penunggang itu terburai dan terbelah dua. Pengguna jalanraya sempat merakam video tersebut dan mengambil gambar penunggang tersebut yang menjadi viral di sosial media sejak semalam. 

Hasil siasatan awal mendedahkan 'rider' tersebut cuba mengelak sebuah kereta yang dipandu perlahan di lorong paling kanan dan ketika cuba mengelak dan merempuh belakang sebuah kenderaan yang lain dan tercampak ke udara dan mendarat di lorong paling kiri. 

'Beberapa kenderaan yang lalu tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar dan menggelek badan penunggang motor tersebut' kata Ketua Polis Daerah Kulai. Lelaki tersebut telah dikenal pasti sebagai Mohd Halmi Haroon. 


Mangsa dikatakan mahu menjual motosikal jenis BMW itu secara online tetapi tidak berjaya sehinggalah seorang rakan memberitahu ada pembeli dari Johor Bahru yang berminat dengan motosikal tersebut. 

Mangsa dikatakan akan berjumpa dengan pembeli tersebut pada pagi kejadian dan menaiki motosikal yang sama dari rumahnya di Batu Pahat. Ahli keluarga Halmi yang menerima panggilan dari pihak polis 30 minit selepas kejadian bergegas ke tempat kejadian. 

Ketika masih bersedih dengan berita kemalangan tersebut, ahli keluarga Halmi berasa amat terkejut apabila video dan gambar kemalangan yang tragis membabitkan mangsa menjadi viral di media sosial. 

Anak gadis mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aliya, merayu kepada orang awam supaya tidak menyebarkan lagi gambar dan video tragis kemalangan tersebut kerana ianya amat sensitif dan menghormati keluarganya. 

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan lagi gambar atau video tersebut untuk menghormati keluarga mangsa yang masih lagi bersedih atas kejadian tersebut. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.