Semasa

"Cara Dia Salah, Dia Patut Lebih Berhemah" - Aziz M Osman Kritik Cara Que Haidar Sampai Panggil "Sampah"

"Cara Dia Salah" - Aziz M Osman Kritik Cara Que Haidar



Penerbit dan pengarah hebat, Aziz M Osman telah melontarkan pendapatnya tentang cara Que Haidar menegur pelakon baru.

Que Haidar sebelum ini telah menegur pelakon-pelakon baharu dengan gelaran 'kayu' dan beberapa gelaran lain seperti sampah.

~Baca komen panas Que Haidar (DI SINI).

Aziz M Osman yang pernah mencipta fenomena dengan folem XX Ray berkata, cara aktor tersebut menegur dengan kasar amatlah tidak patut dilakukan.

Ini komen Aziz M Osman:

"Saya tegur kerana merasakan cara dia salah, dia sepatutnya lebih berhemah dan bukan menyerang mereka dengan bahasa kasar.

"Zaman sudah berubah, sepatutnya sebagai senior beri contoh yang baik dan bagi mereka rasa mesra untuk menuntut ilmu,"


"Saya tidak kata ilmu itu tidak penting, ia penting kerana semua perlu menuntut ilmu dalam bidang masing-masing tapi zaman sekarang ini ilmu sudah jadi nombor dua.

"Sekarang orang tidak belajar tinggi boleh jadi ahli perniagaan berjaya, boleh capai cita-cita, begitu juga dengan artis. Kalau kita cakap apa pun, mereka sudah kaya dan ramai pengikut sendiri.

"Kita sepatutnya menarik minat mereka untuk menambah ilmu supaya menjadi lebih baik bukan cara menghentam mereka. Itu lebih membuatkan mereka berasa takut untuk menuntut ilmu,"


Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas status berbaur sindiran yang dikongsi di laman Twitter pada Isnin.

Ini tweet dari Aziz M Osman:



Aziz berharap pelakon senior bersikap matang terutama dalam menjadi contoh yang baik kepada pelakon baru.

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.