Semasa

Chef Wan Mohon Maaf Atas Teguran Pedas Kepada Dato' Aliff Syukri


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Chef Wan menegur tindakan Dato' Aliff Syukri yang makan di tepi jalan ketika bercuti di luar negara. Teguran itu menjadi viral kerana ramai menganggap tindakan Dato' Aliff Syukri telah mencemarkan imej Malaysia. 

Namun, Dato' Aliff Syukri tidak cepat melenting dengan teguran tersebut malah menerima teguran Chef Wan itu dengan rasa terbuka dan rendah hati. Dato' Aliff Syukri juga sempat menjelaskan keadaan sebenar ketika kejadian itu. 

Dan baru-baru ini, Chef Wan telah memuat naik satu gambar dirinya bersama Dato' Aliff Syukri ketika Majlis Sambutan 48 Tahun Majalah Wanita. Menerusi foto tersebut Chef Wan telah meminta maaf kepada Dato' Aliff Syukri sekiranya teguran tersebut membuatkan usahawan tersebut terasa hati. 

Ikuti perkongsian penuh Chef Wan yang dimuat naik menerusi akaun IGnya. 


Selain itu Chef Wan juga turut meminta maaf kepada Datuk Seri Vida sekiranya pernah membuat jutawan itu terasa hati. 


Rata-rata netizen memuji tindakan Chef Wan yang meminta maaf jika tersalah kata kepada dua usahawan yang berjaya ini. Apapun setiap teguran sudah pasti ada kebaikkan untuk semua. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.