Semasa

"Dah Langgar Tak Nak Mengaku" - Netizen 'Cari' Pemandu Toyota Altis Langgar Lari Pasangan Suami Isteri


Akibat dilanggar lari oleh pemandu kereta, sepasang suami isteri kini terlantar di hospital selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Loke Yew pada Jumaat lalu. Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Pasangan tersebut, Ideris Harun menerima lebih 10 jahitan di beberapa bahagian badan dan isterinya, Wan Nor Aishah patah bahu kiri. 

Ketika kejadian itu, motor jenis Yamaha 125Z yang dibawa Ideris cuba mengelak sebuah kereta Toyota Altis yang dipandu laju masuk ke lorong kanan secara melulu sehingga Ideris terkejut dan cuba mengelak daripada dirempuh kenderaan tersebut. 


Malangnya Ideris terlanggar sebuah kereta ketika mengelak Toyota Altis warna putih tersebut. Pelanggaran tersebut menyebabkan isterinya tercampak ke atas jalan. Pemandu Toyota Altis tersebut terus memecut laju dan menghilangkan diri. 

Menurut saksi kejadian, pemandu tersebut dilihat memandu secara bahaya dengan memasuki lorong kiri dan kanan tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kejadian tersebut juga viral di media sosial. 

Adik kepada mangsa, Wan Nor Aizawati berkongsi kisah tersebut di laman Facebooknya yang kini mendapat perkongsian hampir 3,000 kali. Berikut adalah perkongsian penuh darinya. 


Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan marah dengan tindakan pemandu Toyota Altis tersebut dan meminta supaya pihak berkuasa menyiasat kemalangan tersebut. Menurut Aizawati lagi, kes tersebut masih lagi dalam siasatan. 

Semoga pemandu Toyota Altis tersebut dapat ditangkap dan dikenakan hukuman atau ditarik balik lesen memandu kerana telah membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. 


___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.