Semasa

Elizabeth Tan Nyaris Bunuh Diri Selepas Alami Tekanan Akibat Putus Cinta Dengan Jejaka Melayu


Tekanan perasaan merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Malah kita sering mendengar artis luar negara mengambil jalan mudah dengan membunuh diri kerana tidak sanggup menanggung beban tersebut. 

Namun, peminat agak terkejut dengan pendedahan luar biasa oleh penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra dikenali sebagai Lizzy. Lizzy pernah mengakui terdetik dalam dirinya ingin membunuh dii selama mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu mengikut laporan Astro Gempak

"Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.


Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya," kata Lizzy.

Namun, berkat dari sokongan ibunya sendiri serta rakan-rakan yang menasihati dirinya untuk tidak melakukan perkara yang sia-sia. 

"Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar," katanya lagi dalam sidang media sempena pelancaran single terbarunya bertajuk Darling. Lizzy turut mengakui percintaannya bersama seorang lelaki Melayu hanya mampu bertahan lebih kurang enam bulan sahaja akibat orang ketiga. 

Sabar ya sayang Lizzy masih ada lagi insan yang menyayangi Lizzy dan menyokong Lizzy. Bunuh diri bukanlah penyelesaian kepada semua masalah. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.