Semasa

Fattah Amin Tetap Jadi Hero Drama Coffee Prince Walaupun Peminat KDrama Membantah


Walaupun diselubungi kontroversi selepas ramai peminat K-Drama membantah, namun pihak produksi yang bakal menerbitkan drama Coffee Prince tetap memilih Fattah Amin sebagai peneraju utama drama tersebut bersama Janna Nick. 

Ternyata populariti pelakon tersebut membuatkan Fattah Amin tetap dipilih untuk menjadi watak utama drama tersebut, malah penggambaran drama ini juga sudah dimulakan. Drama tersebut bakal diarahkan oleh Michael Ang. 

Memetik dari laporan Berita Harian, Fattah menyatakan rasa bersyukur kepada rezeki dan kepercayaan yang diberi oleh pihak Astro serta produksi setelah memilih dirinya sebagai watak utama drama tersebut. 


Pelakon itu juga akan berusaha untuk memajukan diri dan bekerja lebih keras untuk memastikan mereka yang memandang negatif pada dirinya sebelum ini akan suka dengan lakonan untuk drama terbarunya itu. 

Fattah juga berharap gandingan pertamanya dengan Janna akan diterima baik oleh peminat dan penggemar drama tempatan.

Sama-sama kita nantikan kemunculan drama ini. Mesti ramai dah tak sabar kan? Tak payahlah nak membantah lagi, dah terbukti Fattah Amin berbakat, kalau tidak tak mungkin diangkat menjadi hero pula. Tak begitu? - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.