Semasa

Guru Kunyit Peluk Dan Cium Anak Murid 9 Tahun Dalam Tandas Sekolah Di Petaling Jaya


Memang susah nak percaya orang zaman sekarang. Sampai cikgu pun sanggup cabul anak murid sendiri. Sesama jantina pula tu. Menurut laporan Sinar Harian, seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah  telah didakwa atas pertuduhan melakukan serangan seksual secara fizikal terhadap seorang murid lelaki yang baru saja berumur 9 tahun. 

Guru yang berusia 27 tahun itu didakwa memeluk dan mencium anak muridnya itu dalam tandas sekolah di Petaling Jaya. Kejadian terkutuk itu dilakukan antara jam 12.20 tengah hari hingga ke 6.30 petang antara bulan Ogos 2016 hingga Julai 2017. 

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sebatan. 

Guru tersebut tidak mengaku bersalah dan mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius. 

Namun, peguam kepada guru tersebut telah membuat rayuan dan akhirnya mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat guru tersebut tidak mendekati atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai. 

Mahkamah juga memerintahkan guru itu menyerahkan passport serta dan terpaksa melaporkan diri ke balai polis setiap bulan. Kes tersebut bakal disebut semula pada 25 September depan. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.