Semasa

Imam Besar Tampil Menegur Perbuatan Hafiz Hamidun

Ini Teguran Imam Besar Tentang Apa Yang Hafiz Hamidun Lakukan


Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin telah memberi komen menegur tindakan Hafiz Hamidun.

Katanya, penyanyi Hafiz Hamidun sepatutnya mengambil tindakan segera selepas berasa curiga terhadap perkahwinannya dengan Joy Revfa tanpa perlu menunggu masa lebih tiga bulan.

Tindakan Hafiz Hamidun memohon faraq apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah tidak wajar.

Apabila ditanya tentang sama ada betul atau tidak tindakan Hafiz meninggalkan isterinya,  Ustaz Hazaruddin berkata, tempoh masa yang agak lama diambil oleh penyanyi itu juga tidak adil buat isterinya.

Ini kenyataannya:

"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.


"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.


"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," 


"Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang perkara seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah,"

Ustaz Hazaruddin Baharuddin mengulas tentang kemelut rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang dikatakan tidak sah.

Dakwaan tidak sah ini timbul apabila Joy Revfa gagal memberikan surat cerai perkahwinan pertamanya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.


Sumber: mStar


Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.