Semasa

"Kenapa Ayah Sanggup Kata Macam Tu?" - Syafiq Farhain Komen Kenyataan Saleem

"Kenapa Ayah Sanggup Kata Macam Tu?" - Syafiq Farhain Komen Kenyataan Saleem


Sebelum ini Saleem Iklim telah memberi kenyataan melarang anaknya sendiri menyanyi lagunya dan mengaitkan dengan namanya.

Dikatakan syarikat yang menaungi Saleem Iklim ingin menyaman jika perkara ini berterusan kerana mengganggu periuk nasi Saleem.

Anaknya yang bernama Syafiq Farhain kini baru berjinak-jinak dalam industri seni dan sebelum ini serong menyanyi lagu ayahnya.

Kini Syafiq Farhain tampil membuat kenyataan setelah dilarang ayahnya untuk menyanyi lagu Iklim.

Ini kenyataan Syafiq Farhain:

ADA KECIL HATI

"Kalau ikut kecil hati tu memang ada lah sikit, disudut hati ada kenapa cakap macam ni kan, sedangkan dengan anak darah daging sendiri

"Jadi bagi saya tak apa lah terpulanglah nak buat apa, sebab saya kat sini Alhamdulillah rezeki saya masih di sini, rezeki Tuhan tentukan

TAK GANGGU REZEKI SALEEM

"Langsung tak (ganggu rezeki Saleem), kalau ikut dia seorang legend. Legend mana pergi semua orang nak, jadi macam saya baru lagi. 

"Mengganggu tu tak lah kerana ilmu dan bakat yang saya ada belum cukup tanding apa yang dia ada. Kalau ikut logik memang tak langsunglah.

TIRU SUARA

"Rasanya taklah sebab saya cakap (suara) macam ni yang keluar, nyanyi macam ni juga yang keluar.

"Tiru suara ni orang yang dengar, ada yang cakap tak sama ada pula yang cakap sama, terpulang kepada yang mendengar

TAK HUBUNGI AYAH?

"Tak berani nak call. Orang tengah panas baik kita biar dulu"

Itulah komen dari Syafiq farhain tentang kenyataan ayahnya.



Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.