Semasa

Lelaki Durjana Sanggup Korek Dan Cium Kemaluan Anak Saudara Yang Baru Usia 5 Dan 1 Tahun


Pelik dengan sikap manusia yang tidak berhati perut sekarang ini. Entah mengapalah yang mereka fikirkan sehingga sanggup melakukan budak kecil seperti begitu. Jenayah cabul dan rogol dilihat semakin berleluasa dan paling menakutkan ialah mangsa yang masih kecil dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu. 

Seorang lelaki telah ditahan di Asajaya, Kuching setelah dituduh mencium dan mengorek kemaluan anak saudara perempuan menggunakan jarinya. Mangsa dilaporkan baru berusia lima tahun menurut laporan Utusan Online

Lelaki tersebut juga turut melakukan perbuatan terkutuk terhadap adik mangsa yang berusia setahun tujuh bulan. Ibu mangsa mula menyedari perbuatan lelaki itu apabila kemaluan anak perempuannya itu lebam ketika menukar lampin kanak-kanak tersebut. 

Suspek pernah mencium dan mengajak kanak-kanak yang berusia lima tahun dan mengajak melakukan hubungan seks. Malah kanak-kanak itu turut mengakui suspek memasukkan jari ke dalam alat sulitnya berulang kali. 

Terkejut dengan pengakuan tersebut, ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis di Kota Samarahan pada Sabtu lalu. Pihak polis kemudian telah menahan suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 22 tahun di sebuah rumah di Kampung Tambirat. 

Suspek kini ditahan reman tujuh hari dan kes tersebut bakal disiasat di bawah Seksyen 12 (a) dan (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.