Semasa

(MENGEJUTKAN) Notis Kebankrapan Dikeluarkan Terhadap Shaheizy Sam Melalui Perintah Mahkamah

(MENGEJUTKAN) Notis Kebankrapan Dikeluarkan Terhadap Shaheizy Sam Melalui Perintah Mahkamah


Ini memang satu perkara yang amat mengejutkan apabila satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap pelakon popular Shaheizy Sam.

Notis ini dikeluarkan melalui Perintah Mahkamah oleh Kerajaan Malaysia di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang.

Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Satu iklan di sebuah akhbar Bahasa Malaysia telah disiarkan tentang perkara ini.

Notis itu turut menyebut ianya boleh diperiksa olehnya dengan permohonan kepada Mahkamah ini.

Ini iklan tersebut:


Apabila ditanya kepada Shaheizy Sam ternyata pelakon ini agak terkejut dan tidak mengetahui perkara ini.

Ini komen Shaheizy Sam:

"I’m not aware of this. No one from LHDN came to me and no notice from them and my tax agent."


"Even my tax agent naik turun LHDN these past few months,"

"Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter [notis anggaran berapa bayaran harus dibayar tahun ini] and still tiada mention all this," 

Shaheizy berkata dia akan mendapatkan penjelasan dari agen cukai beliau berhubung perkara ini.

Sehingga kini Shaheizy Sam tidak menerima apa-apa notis dari LHDN.

Pelakon hebat ini sedang menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Sumber: Astro Awani

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.