Semasa

"Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?" - Sahara Yaacob

"Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?" - Sahara Yaacob




Sahara Yaacob merupakan penyanyi lama yang pernah mendapat liputasn kerana hidup agak susah tak lama dulu.

Kini dia telah mendapat bantuan dan telah memulakan hidup baru.

Untuk menjana pendapatan, Sahara telah membuat persembahan pentas dan khabarnya dia tidak mengenakan tudung dalam persembahannya itu.

Sahara Yaacob yang mendapat jolokan ‘Tina Turner Malaysia’, berkata dia tayang rambt seperti itu kerana itu adalah trademark nya.

Sahara bagaimanapun hanyalah memakai rambut palsu sahaja dan masih mengenakan anak tudung di bahagian dalam rambut palsu itu.

Kembali dengan imej rambut mengerbang dalam satu persembahan pentas hujung tahun lalu, Sahara berkata beliau sekadar menggunakan rambut palsu dan dia menerima kritikan orang ramai berhubung keputusannya:

"Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung?

"Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?


"Saya sudah berada dalam industri ini lebih 40 tahun. Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?


"Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu.


"Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih.


"Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu.


Itulah komen dari penyanyi Sahara Yaacob.

Sumber: Malay Mail Online

Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.