Semasa

"Nampak Coli Bukan Bogel Pun" - Ini Respon Zizi Selepas Foto Seksi Jadi Kecaman Netizen! Padu Beb!


Kecoh di media sosial apabila foto bekas peserta Akademi Fantasia 7 dan D'Academy Asia musim kedua Zizi Kirana dihencap peminat gara-gara satu foto terlebih seksi yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya. 

Gambar tersebut memaparkan Zizi mengenakan baju yang agak jarang hingga menampakkan coli merah jambu yang dipakainya. 

Menurut dari laporan Media Hiburan, Zizi yang sebelum ini pernah juga menganggotai kumpulan The Fabulous Cat berkata apa yang dipakai tidaklah seseksi mana. Malah ada juga yang lebih berani darinya. 


"Bukan bogel tak pakai baju pun" kata Zizi yang menjelaskan tujuan menaik gambar tersebut bukanlah  untuk mencari publisiti murahan. Tambah Zizi lagi beliau berharap peminat tidak menghakimi dirinya hanya kerana sekeping gambar. 

Zizi Kirana popular dengan lagu Rahsia Hati yang berentak tradisional dan bakal keluar dengan single bergenre hip hop ciptaan DJ Fuzz selepas Aidiladha nanti. 






Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.