Semasa

Pasangan Suami Isteri Ini Sanggup Sumbat Anak Dalam Loker Semata Mahu Mandi Kolam Renang


Tindakan pasangan suami isteri di China ini memang mengejutkan netizen. Walaupun ingin berseronok janglah sampai membahayakan nyawa anak sendiri. Tindakan mereka itu menjadi viral di media sosial selepas tergamak meninggalkan anak kecil mereka di dalam loker bilik persalinan! 

Nak tahu kenapa? Semata-mata untuk bersuka ria dengan bermandi-manda di kolam renang awam.

Menurut sumber Kan Kan News, pasangan terbabit mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian di dalam loker kerana tidak mahu menjaganya.

Lagi teruk apabila pasangan berkenaan langsung tidak berasa bersalah, mungkin memikirkan loker adalah tempat terbaik untuk anaknya menunggu sehingga mereka habis mandi.


Nasib baik bagi budak lelaki tersebut kerana pekerja di tempat itu terdengarnya menangis sebelum mengambil kunci dan menyelamatkannya.

Walaupun kanak-kanak tersebut tidak mengalami sesak nafas ditinggalkan dalam loker yang sempit dan gelap, namun video yang tular di media sosial ini mendapat kecaman dari netizen.

Mereka menyifatkan yang ibu bapa budak tersebut sebagai seorang yang mementingkan diri, kejam dan tidak bertanggungjawab. 

Tak tahulah apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. Dia ingat nyawa boleh diganti atau dibeli di kedai agaknya. Apa kata anda? - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.