Semasa

Pekerja Restoran Ini Terlanggar Pelanggan Dengan Baldi Namun Tindakan Majikannya Sangat Mengejutkan!


Lumrah dalam pekerjaan kadang kala pekerja membuat kesilapan yang tidak disengajakan. Namun ianya bukanlah alasan untuk mana-mana majikan bertindak di luar batasan. Maka tidak hairanlah apabila tindakan majikan ini yang telah melempang salah seorang pekerjanya mendapat kecaman teruk dari netizen. 

Satu perkongsian dari pengguna Twitter, GG berasa sangat marah dengan apa yang di saksikan di depan matanya kerana majikan sebuah restoran bertindak agak kasar terhadap pekerjanya. Ini apa yang dikongsi oleh pengguna Twitter tersebut. 


Menerusi perkongsian tersebut, GG berkata pelayan tersebut tetap meneruskan kerjanya mengelap meja walaupun dilihat seperti menangis susulan tindakan majikannya. Akibat tidak puas hati dengan majikan tersebut, GG sempat berkongsi gambar majikan tersebut. 

Menceritakan kembali kejadian tersebut, pekerja tersebut dilempang oleh majikannya hanya kerana baldi yang dibawa pekerja tersebut terlanggar pelanggan yang datang ke kedai makanan tersebut namun begitu pelanggan tersebut tidak berkata apa-apa. 

Perkongsian dari GG tersebut menjadi viral di media sosial sehingga majikan tersebut tampil memberi penjelasan. 


Walau apa pun alasan diberi, rata-rata netizen menganggap tindakan melempang pekerjanya itu adalah satu tindakan yang sangat kurang ajar. Ada juga netizen berkongsi bahawa sebelum ini majikan tersebut juga pernah bertindak kasar dengan pekerja-pekerjanya. 


Semoga kejadian yang berlaku ini menjadi iktibar kepada majikan supaya tidak bertindak kasar kepada pekerja mereka. Mereka pun cuma manusia biasa bukannya robot. 



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.