Semasa

Pelajar 16 Tahun Patah Jari Dan Tulang Belakang Bengkok Akibat Kena Belasah Dengan 20 Rakan


Sesuatu yang perlu diambil serius mengenai kes buli di sekolah. Memetik laporan The Star, satu lagi kes buli yang agak teruk kali ini di Kedah. Seorang pelajar berumur 16 tahun mendakwa telah dibelasah hampir 20 orang rakan sekolah dengan paip getah PVC pada Isnin lalu. 

Pelajar tersebut dimasukkan ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati dua jari tangan anaknya patah tulang dan tulang belakang didapati bengkok akibat hentakan yang kuat ketika dibelasah teruk. 

"Kini dia menghadapi kesukaran untuk berjalan atau melakukan aktiviti yang menggunakan anggota badan."

"Sejak insiden tersebut berlaku sehingga sekarang, pergerakannya menghadapi masalah termasuk menjalani aktiviti gerak geri tubuh badan."

"Yang ini bukan kali pertama berlaku, saya telah beberapa kali mempersoalkan perkara tersebut kepada pihak sekolah, tetapi tiada tindakan lanjut dilakukan."

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar, enam pelajar yang terbabit dalam kes tersebut telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. 

Namun, setakat ini tindakan lanjut masih belum diambil oleh pihak polis dan jabatan pendidikan negeri turut enggan memberi komen berhubung perkara itu. 

Manakala, pihak sekolah difahamkan telah bertindak memberhentikan persekolahan tiga pelajar yang terlibat. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.