Semasa

PELIK Setiap Hari ISNIN Budak Ni Tunggu Lori Sampah, Rupa-Rupanya…

PELIK Setiap Hari ISNIN Budak Ni Tunggu Lori Sampah, Rupa-Rupanya… | KITA VIRAL – Sentiasa akan ada sesuatu yang menarik minat kanak-kanak yang mungkin bagi kita yang dah besar ianya perkara biasa. Buat Daniel, 5 tahun yang juga kanak-kanak autisme ini akan menunggu sesuatu tiba dengan sabar dihadapan rumahnya, dia akan berada di depan rumah setiap hari Isnin untuk melihat pekerja mengutip sampah di depan rumahnya.

Jadi seperti biasa, Daniel menunggu dihadapan rumahnya untuk melihat lori pengutip sampah hadir. Tidak lama selepas itu, lori tersebut muncul.

Daniel kelihatan agak gembira melihat lori tersebut sambil melambai-lambai tangannya pada pekerja tersebut. Daniel tidak henti-henti melambai hingga pekerja tersebut selesai mengutip sampah.

Melihat gelagat Daniel itu, Seorang pekerja Manuel Sanchez perasan dan turun dari lori tersebut kemudian menuju ke suatu tempat lain. Selang beberapa saat, pekerja tersebut muncul membawa satu beg plastik berupa hadiah. Dia menuju kearah Daniel lalu memberikan beg plastik berisi hadiah tersebut.

Kelihatan Daniel begitu seronok melihat isi didalam beg plastik tersebut berupa mainan. Ibu bapa Daniel bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. Begitu baik pekerja tersebut menceriakan hari Daniel seorang kanak-kanak austisme ini.

Pekerja itu berkata, kanak-kanak ini sangat istimewa, dia dapat mencuri hati setiap orang yang berjumpa dengannya.

Lihat Video Berkenaan :

SumberSunnyskyz

The post PELIK Setiap Hari ISNIN Budak Ni Tunggu Lori Sampah, Rupa-Rupanya… appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.