Semasa

PELIK Suami Tiba² Kerap OT & Elak Makan Masakan, Rupa-Rupanya…

PELIK Suami Tiba² Kerap OT & Elak Makan Masakan, Rupa-Rupanya… | Tujuan saya post ni bukan nak buka aib sesiapa. Cuma nak minta pandangan warga KRT je. Sebab pihak dia kata semua ni hanya gurauan. Adakah ni gurauan bagi semua.

Gambar Sekadar Hiasan/Google Images

Kami kahwin januari 2016. Selepas kahwin kami PJJ. Jarak dalam 60km. Weekend je dia balik rumah. Tu pun, tetap kerja hari weekend (OT). Kiranya weekend dia berulang. Weekdays dia tido rumah dia. Saya positif. Kami dua2 kerja kerajaan gred yg sama. Kementerian yg sama. Jawatan berbeza. Sy minta tukar untuk lebih dekat. Ditakdirkan sy mengandung awal.

September 2016
Saya bersalin baby pramatang, kerana komplikasi darah tinggi. Bersalin secara c-section. Anak ditempatkan di NICU. Berkampunglah sy di wad semasa pantang. Struggle hanya Allah yg tahu, dia melawat anak weekend. Kadang ter skip jugak. Sebab tak sihat. Selepas 70 hari, anak kami boleh balik, alhamdulillah, sy dapat jaga anak yg keluar dari rahim saya sendri. Di rumah sendiri,berdua dengan anak. Macam biasa, dia hanya balik weekend. Ibu sy dah tak ada, lagi pun sy dah biasa jaga anak adik beradik yang lain. Tak kekok handle baby sendri. Walau pramatang. Oh ye, masa ni, sy dapat ditukarkan tempat kerja lebih dekat dengan dia. Hati dah berbunga2, membayangkan dapat hidup happy 1 family kecil kami.

Disember 2016.
Hari ke 94 anak saya menghembuskan nafas terakhir dalam tidur. Sleep apnea. Anak mmg carry chronic lung desease. Kebumi di kampung dia. Masa tu rasa nak meroyan, tapi sy cuba kuat. Family support no 1. Dia? Hmmmm…

Januari 2017.
Saya berpindah ke rumah dia. Pada awalnya tak obvious sangat. Memang dia selalu OT smpai pukul 9, tapi balik rumah pukul 9.30. Normal.

Februari 2017
Akhir bulan. Makin nampak lain. Balik rumah pukul 10-10.30. Makanan selalu tak jamah.

Mac 2017
Kerap bertengkar. Tak sependapat. Smpai pertengahan mac dia kata dah tak boleh handle sy. Sbb kuat melawan, tak dengar cakap. Dia nak lepaskan saya. Masa tu macam orang gila saya. Tapi nekad, ape fungsinya suami, kalau tak boleh menumpang kasih. Setahun lebih tanpa nafkah batin (betul2 utk mengandungkan saya je, lepas tu tak sentuh). Saya ada kerjaya, ada business, ada homemade bakery. Paling penting saya ada family yg sangat supportive.

Minggu kedua mac, sy cuba cari asbab utama dia nak ceraikan saya.. Ok, whatsapp web. Saya guna laptop, scan dr hp dia. Bawak laptop ke office terkedu sy, ape yg sy rasa selama ni memang betul. Saya on laptop sambil drive, masa tu 24/7 dalam hidup mmg dgn laptop. Sbb sy nak kumpulkan bukti. Masa ni mmg dah tidur asing, sy mengalah tidur d bilik ke 2. Sbb kalau sy tidur di master bedroom, dia akan tidur d sofa. Masih ada lg rasa kesian dan hormat pd suami. Mana sy pergi, masih minta izin. Masa dia balik, dia akan delete chat. Masa sy dah masuk bilik, dia akan wasap mamat tu, masa tu rasa nak masuk bilik, tikam dia bertubi2. Khamis kami ke mahkamah, untuk failkan, kalau hakim ada benda ni settle terus. Tapi hakim tak ada, so, diorang bagi tarikh, minggu depannya.

Minggu ke 3 mac. Hari jumaat. Hari sebutan, sy datang mahkamah dgn kakak & kakak angkat. Dia dtg seorang. Oh ye, masa ni, dia xtau saya dah tau siapa dia. Lepas dia lafazkan, sy boleh ucap alhamdulillah. Sebab terlepas dr azabnya hidup tak seperti isteri2 lain. Luar mahkamah, dia nego untuk nafkah iddah, masa tu, sy serahkan semua printscreen yg sy ada. Sy dah siap print. Bayangkan 2 minggu punya conversation. Masa tu marah sy lepaskan. Sbb sblm dia lafazkan sy sabar dan berdiam diri. Walau bukti ada. Sebab golongan ni, boleh gantung sy xbertali. Tak effect ape pon dia. Kenapa saya tak mintak fasakh? Sbb benda dah mudah, lafaz 2-3 minit selesai, kenapa perlu rumitkan. Yang penting saya nak bebas. Alhamdulillah dipermudahkan.

Yang tak bestnya adik dia boleh up status fb pada hari penceraian sy
“alhamdulillah, back to normal. One happy family”

Sy direct wasap. Katanya sebab sy banyak kata abg dia kat fb. Yes, sy akui, ada unsur2 perli. Tapi tak sampai lg sy cerita di fb. Malah, sampai ke hari ni, ramai lagi tak tau status sy.

April 2017
Sy cuti tanpa gaji 3 bulan. Sy setup business. Sy cari rumah sewa dekat dgn family & business sy. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Julai 2017
Sy mula kerja hakiki sebagai penjawat awam, dengan berulang alik sejauh 60km pergi & 60km balik setiap hari. Lalu hiway plus. Ini pengorbanan sy, ini penganiayaan yg sy dpt. Sy dah isi borang tukar. Doakan semoga permohonan pertukaran sy dpermudahkan.
***********************
-Alhamdulillah Allah ambil anak syurga saya bersebab.
– Golongan mcm dia bersepah kes kat mahkamah, kahwin untuk tutup mulut orang.
– Sekarang sy bahagia dgn family, business dan kawan2
– Mulut orang tak akan boleh tutup. Sampai ke hari ni pihak dia masih ada cerita buruk pasal saya.
– Seminggu/ 2 minggu sekali sy akan melawat kubur anak sy, walau di kmpung dia.

PERSOALANNYA!!

Nilaikan, msg2 mereka ni betul ke gurauan? Ke sy terlebih emosi baca? Sbb sampai ke sudah tak mengaku. Dan kata sy fitnah. Wallahualam

Kredit : KisahRumahTangga

P.S. 1 – [Video] Buat 5 Ujian Ini Dan Korang Tergolong Dalam Orang “Rare” Di Dunia !!!
P.S. 2 – Selepas 25 Tahun Bandar Ini Di Tenggelami Banjir..Apa Ditemui Bila Kering Sangat MENGEJUTKAN !!!
P.S. 3 – Inilah Sebab Kenapa Ubat Tablet Ada Pelbagai Jenis Bentuk Serta Warna Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 4 – Tahukah Anda,7 Kegunaan Menarik Soda Bikarbonat Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!

The post PELIK Suami Tiba² Kerap OT & Elak Makan Masakan, Rupa-Rupanya… appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.