Semasa

Pencuri 'Gay' Ambil Kesempatan Cabul Lelaki Tengah Mabuk Sambil Curi Dompet Dan Telefon


Mungkin malang bertimpa timpa untuk seorang lelaki ini. Setelah mabuk sehingga tidak sedarkan diri  seorang lelaki telah pengsan di sebuah bangku awam yang terletak di Liuzhou, China. 

Setelah beliau terbangun dari tidur, lelaki itu menyedari bahawa barangan peribadinya telah hilang dan ada perkara yang lebih mengejutkan berlaku. Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Jun menyedari seluarnya dalam keadaan longgar. 

Kerana ingin tahu apa yang berlaku ke atas dirinya, Ah Jun bertindak melaporkan hal yang menimpa dirinya kepada pihak polis. Ah Jun meminta untuk melihat rakaman CCTV yang berada di sekitar kawasan kejadian. 

Setelah pihak polis berusaha mendapatkan pita rakaman CCTV di kawasan tersebut, memang jelas kelihatan Ah Jun tertidur di tempat kejadian. Tiada apa yang pelik sehinggalah pada jam 4.30 pagi,  seorang lelaki telah muncul dan mendekatinya. 

Lelaki tersebut dilihat memerhatikan keadaan sekeliling dan selepas tiada siapa di kawasan berkenaan dia menjalankan kegiatan 'sulit'nya itu. Ah Jun sangat terkejut apabila melihat lelaki itu sedang membuka seluar Ah Jun dan telah melakukan aksi yang lucah ke atas dirinya. 


Ketika sedang mencabul mangsa, suspek lelaki tersebut sempat mencuri telefon bimbit dan sejumlah wang milik Ah Jun namun dia tetap meneruskan aksi lucah kepadanya. Setelah melepaskan nafsunya selama 15 minit, dia meninggalkan Ah Jun yang masih lena di tempat kejadian. 

Rakaman video tersebut menjadi viral di media sosial dan pihak polis telah pun memburu lelaki tersebut. Dan akhirnya, suspek lelaki tersebut berjaya ditangkap di sebuah hotel tidak jauh dari tempat kejadian. 

Ketika disoal siasat, suspek lelaki tersebut mengakui dirinya adalah seorang gay. Dia mencabul Ah Jun kerana tertarik dengan rupa Ah Jun yang kacak ketika sedang tidur di bangku tersebut. Dia juga turut menyimpan kad pengenalan lelaki tersebut sebagai koleksi dan membuang dompet mangsa. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.