Semasa

Pencuri Iphone Ketakutan ‘BOS’ Berjaya Kesan Location, Apa Berlaku Selepas Tu Jd VIRAL !!!

Pencuri Iphone Ketakutan ‘BOS’ Berjaya Kesan Location, Apa Berlaku Selepas Tu Jd VIRAL !!! | KITA VIRAL – Kehilangan telefon bimbit merupakan satu mimpi ngeri buat kita semua. Namun, bagaimana pula jika seseorang mencuri telefon anda dan menghantar pesanan kepada abang anda bagi mendapatkan kata laluan telefon bimbit berkenaan?

Itulah realiti yang berlaku kepada yang menggunakan nama thelowflyingowl, apabila baru-baru ini terjadi kejadian yang agak lucu ini. Seperti yang anda dapat lihat, abang kepada mangsa mengambil peluang untuk mengenakan pencuri dengan cara yang paling kelakar!

MENYAMAR SEBAGAI ADIK MANGSA

“Semalam saya menerima pesanan daripada nombor yang tidak dikenali. Saya menghubungi adik saya untuk mengetahui adakah dia yang menghantar pesanan berkenaan. Bagaimanapun, saya kemudian sedar bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab yang sedang cuba mencerobohi data bagi mendapatkan kata laluan telefon bimbit adik saya.

Saya tidak pasti bagaimana individu berkenaan berjaya mendapatkan senarai nombor telefon pada telefon bimbit adik saya tanpa kata laluan. Tetapi, secara amnya terdapat nombor kecemasan yang boleh diakses sungguh pun skrin telefon bimbit dikunci. Saya yang sedang bosan saat ini memutuskan untuk berhibur sedikit. Kami tidak akan berjaya mendapatkan semula telefon bimbit, dan saya tidak seharusnya sia-siakan peluang seperti ini. Mari lihat apa yang berlaku……..

Pencuri itu bertindak menyamar sebagai adik perempuan kepada mangsa lalu bertanya kata laluan telefon terbabit. Abang mangsa berkata hanya bosnya sahaja yang mengetahui kata laluan berkenaan, dan bosnya juga boleh mengesan lokasi ‘adiknya’ jika ‘adiknya’ itu tidak berjaya membuka kata laluan telefon terbabit. Teruskan membaca bagi mengetahui jawapan bijak pemuda berkenaan yang akhirnya membawa kepada pemulangan telefon bimbit yang hilang itu!

MANGSA MULA DIKENAKAN HINGGA KETAKUTAN

Apabila seorang pencuri telefon bertanya kepada abang mangsa bagi mendapatkan kata laluan, abang mangsa memutuskan untuk berseronok dengan pencuri berkenaan.

Abang mangsa berpura-pura tidak tahu bahawa telefon adiknya dicuri dan cuba menakutkan pencuri tersebut.

Pencuri tersebut akhirnya mengaku bahawa telefon tersebut bukan miliknya.

Namun abang mangsa tidak berhenti menakutkannya.

Pencuri yang ketakutan mengaku segala kesalahannya.

Abang mangsa mencadangkan pencuri mengembalikan telefon tersebut ke balai polis terdekat.

Pegawai polis menghantar e-mel kepada mangsa mengenai telefon yang hilang dihantar kepada balai polis.

Telefon bimbit yang dicuri ini akhirnya dikembalikan.

Warga internet juga tidak terlepas daripada turut terhibur dengan perbualan mereka.

Sumber : Era Baru

The post Pencuri Iphone Ketakutan ‘BOS’ Berjaya Kesan Location, Apa Berlaku Selepas Tu Jd VIRAL !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.