Semasa

Penumpang "Setan" Curi Duit Gaji Pemandu Grab Hampir RM900 Untuk 3 Hari Bawa Grab


Kita sering membaca kisah penumpang Grab dan Uber yang menjadi mangsa pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tetapi kali ini lain pula kisahnya. Seorang penumpang telah mencuri hampir RM900 dalam sekelip mata yang berlaku pada 23 Julai yang lalu di Singapura.

Dalam satu video yang viral di media sosial, aksi panjang tangan lelaki tersebut berjaya dirakam kamera memaparkan tangan lelaki tersebut mencapai sesuatu di 'armrest' sambil berpura-pura menunjuk jalan. 

Lelaki tersebut yang duduk di tempat belakang melakukan aksi yang sama beberapa kali dan akhirnya lelaki itu dilihat memegang sesuatu di belakang pemandu tersebut.


Lelaki itu menyedari dia telah berjaya mengambil sejumlah wang dan terus memasukkan duit tersebut ke dalam poketnya. Lelaki tersebut kelihatan seperti berpuas hati dengan apa yang telah diperoleh. Apabila sampai ke destinasi yang ditujui, lelaki tersebut membayar caj tambang dan tidak meminta baki. 

Pemandu tersebut hanya menyedari kehilangan duitnya itu selepas penumpang tersebut. Pemandu tersebut kemudian berkongsi kisah yang telah berlaku kepada pemandu Grab yang lain supaya lebih berhati-hati.


Penumpang tersebut telah menaiki kenderaan Grab tersebut dari Ang Mo Kio dan turun di Jalan Kayu, Woodlands tetapi malangnya pemandu tersebut tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai pencuri tersebut. 

Dia juga memberitahu duit yang dicuri lelaki tersebut adalah hasil dari 3 hari kerja kerasnya menjadi pemandu Grab. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.