Semasa

"Saya Tak Minat Suami Orang..Jangan Risau" - Ini Janji Datuk Vida Kepada Para Isteri Yang Bimbang Kena Madu


Pengasas Qu Puteh dan penyanyi lagu I Am Me, Datuk Seri Vida baru-baru ini mengakui dirinya tidak mahu menjalin sebarangan hubungan dengan mana-mana lelaki yang berstatus suami orang. 

Baginya, adalah lebih baik untuk memberi tumpuan kepada bisnes daripada memikirkan soal cinta.

Memetik laporan Media Hiburan, Datuk Seri Vida berasa rimas dengan lelaki yang tidak tahu asal usul tiba-tiba mahu berkenalan dengan dirinya. 

"Kalau boleh, saya mahu lelaki yang boleh beli 15 handbag sekali gus. Ada ke?" katanya sambil berseloroh. 

"Yang penting, ister-isteri di luar sana tak perlu risau sebab saya memang tak berminat dengan mana-mana suami orang" akui Datuk Vida lagi. 

Dia juga tidak mahu menjalin hubungan cinta malah cukup sekadar dapat menemui lelaki yang boleh menjadi sahabat tak kira waktu susah atau pun senang. 

Datuk Vida kini dalam kerjasama dengan Tonton apliksa penstriman dari Media Prima. Sebagai Ratu of Tonton, pengusah kecantikan itu turut menyimpan hasrat untuk mempunyai program tersendiri di portal popular itu. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.