Semasa

Suami Main Pel@cur TERCENGANG Cara Isteri ”BUAT” Dgn Laki Orang Untuk Balas Dendam !!!

Suami Main Pel@cur TERCENGANG Cara Isteri ”BUAT” Dgn Laki Orang Untuk Balas Dendam !!! | Saya nak share berkenaan kisah saya. Nak komen apa pun terpulanglah, benda dah jadi. Ingat lagi kisah saya? Kisah suami melanggan pel@cur? Keputusan yang saya buat setelah berfikir dan solat berdoa minta petunjuk, saya putuskan untuk teruskan perkahwinan ini. walaupun dengan hati yang hancur, saya tetap jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Akan tetapi dengan keadaan bodoh, saya nak sangat balas dendam kat suami. Rasa pedih, benci, nak balas dendam tu jadi membuak-buak. Sampai 1 hari tu, saya nak buat apa yang suami buat. Nak try main dengan orang lain. yes, memang gila. saya dah cukup gila nak buat benda ni. saya fikir nak balas dendam je time tu.

Dipendekkan cerita, saya kenal dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang. saya gelar dia “Z”. Kami bermesej, video call. Untuk pengetahuan, isteri Z ni tengah berpantang. Z memang cari perempuan yang nak “bersama” dengan dia. Memang kenalah dengan saya yang memang cari calon nak balas dendam kat suami. Z ni bagi saya memang perfect dari luaran. saya mula rasa rindu dekat dia. senyum sorang-sorang sambil mesej dia. Suami saya? perasan saya lain skit. suami saya masih outstation. saya mesej time saya kerja dan time suami tiada.

Saya pernah jumpa sekali sahaja dengan Z ni. Just pergi makan dan tak lebih sebab baru nak kenal. selama perkahwinan saya, saya tak pernah curang tapi disebabkan dendam terhadap suami, saya jadi berani buat macam ni.

Hari demi hari, suami mulai syak saya. Sampailah saya kantoi dalam diam pun, saya berdoa suami dapat tahu benda ni sebelum terlambat. Saya sedia ditinggalkan atas rasa dendam. saya tahu suami dah tahu sebab saya nampak screenshots conversation saya dengan Z dalam handset suami tapi suami buat macam dia tak tahu cuma desak saya beritahu apa yang dia tak tahu.

Hari raya pertama saya berterus-terang dengan suami. Selepas bersalaman dengan keluarga, saya ditarik dengan lembut masuk ke bilik. Suami tanya ada apa-apa yang perlu dia maafkan? saya terus terang dan segalanya dah terbuka. Suami sendiri mengaku, dia rasa pedih sangat dan baru faham perasaan saya bila dia buat saya dulu. Kami berdamai tapi ingat! saya tak sempat buat apa-apa pun dengan Z tu. Mungkin sebab Allah nak pelihara saya yang hina ini.

Manusia ni, selagi dia tak rasa apa yang orang lain rasa, dia tak akan faham. Mungkin mulut boleh berbicara tapi yang menanggung rasa sakit tu, hanya orang yang rasa sahaja tahu. Kami suami isteri masih cuba untuk perbaiki diri masing-masing. sampai hari ini, saya dah tak contact Z. saya block dia begitu juga dia pun block saya tapi kadang-kadang teringat dekat dia. rindu? hasutan syaitan rasanya. semoga kita semua kuat hadapi ujian rumahtangga.

Kredit : KisahRumahTangga

The post Suami Main Pel@cur TERCENGANG Cara Isteri ”BUAT” Dgn Laki Orang Untuk Balas Dendam !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.