Semasa

Suami Terlajak Sweet Buat Kejutan Hadiahkan 8 Teddy Bear Besar Untuk Isteri Ketika Majlis Sanding


Setiap pasangan pengantin baru mesti mahukan kelainan dan keunikan dalam majlis perkahwinan supaya dapat menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka. 

Ini mungkin termasuk dari segi rekaan baju, konsep majlis perkahwinan hinggalah ke bab hantaran pasti ada saja kisah menarik yang menjadi perhatian netizen. 

Terbaru, sepasang pengantin baru kini menjadi bualan netizen apabila foto majlis persandingan mereka mula viral di media sosial. Pengantin lelaki, Muhammad Firdaus telah membuat satu kejutan kepada isterinya Nirda Rauda dengan menghadiahkan patung Teddy Bear sempena majlis persandingan mereka pada bulan lalu. 

Memetik mStar Online, patung beruang yang dihias dengan reben dan selendang untuk majlis tersebut disusun di atas pelamin bersama-sama pasangan raja sehari itu bagi sesi bergambar.

“Saya dan isteri mula berkenalan sejak kami di bangku sekolah, masing-masing di Tingkatan Empat dan Tingkatan Tiga. Kebetulan, sekolah kami berdekatan.

“Sejak perkenalan kami selama lima tahun, isteri memang suka teddy bear. Ada juga patung beruang yang saya beli, tapi tak banyak sebab saya masih bersekolah jadi perlu menyimpan wang kalau nak belikan dia hadiah,” katanya memetik laporan mStar Online.

Lapan teddy bear yang besar itu merupakan kejutan kepada si isteri yang memang gemarkannya dari saat perkenalan mereka. Kejutan ini dijayakan dengan bantuan daripada keluarga Nyda apabila kedua-dua mempelai sedang sibuk melayan tetamu di dewan tersebut.

Jika diberikan kejutan, sudah pasti si penerima terharu. Begitu juga Nyda yang memang tidak menyangka pelaminnya itu akan dipenuhi dengan teddy bear sehinggakan dia menitiskan air mata kerana terharu.


“Saya memang suka teddy bear yang besar sebab bukan sahaja comel tapi boleh dipeluk. Masa bercinta dulu, suami memang ada hadiahkan teddy bear tapi hanya bersaiz sederhana.

“Walaupun saya peminat teddy bear bersaiz besar, setiap pemberiannya saya terima seikhlas hati. Saya tak pernah meminta, tapi dia tahu apa yang saya suka. Memang saya teringin nak ada teddy bear banyak. Jadi, bila ada teddy bear masa majlis kahwin kami, memang saya tergamam,” ujar Nyda.

Anak bongsu daripada 10 beradik ini mengakui dia sudah memiliki lebih 16 patung beruang yang besar saiznya. Menurutnya lagi, sebahagian teddy bear itu disimpan di bilik tidurnya dan sebahagian lagi diletakkan di sebuah bilik di rumah mereka yang terletak di Klang.

“Suami merajuk bila saya peluk teddy bear ni di bilik tidur. Tapi dia merajuk ‘manja-manja’ saja, setakat peluk teddy bear tu dia faham.

“Walaupun dah kahwin, saya masih meneruskan hobi mengumpul teddy bear. Harapnya suami faham-fahamlah ya untuk terus buat kejutan teddy bear dekat saya selepas ni,” katanya secara berseloroh.

Comel kan mereka berdua ini, selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke Jannah buat pasangan mempelai ini. 

Jadi buat bakal pengantin, mungkin anda juga perlu fikirkan idea menarik untuk membuat kejutan kepada bakal teman hidup anda. Biarkan dia menangis terharu kerana bukannya selalu pun dapat buat kejutan di hari persandingan, sekali seumur hidup kan!



Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.