Semasa

Surat Mohon Nikah Antara Bella Dan Engku Emran Tersebar, Netizen Ucap Tahniah


Sebelum ini heboh mengatakan pelakon dari Indonesia Laudya Cynthia Bella dan bekas suami kepada Erra Fazira, Engku Amran telah mendapat perhatian meluas dari media dan peminat di Indonesia. 

Terbaru, mengikut laporan Media Hiburan, surat permohonan nikah aktres tersebut telah tersebar di media sosial. Ini menguatkan desas desus bahawa pasangan tersebut bakal bernikah.

Dalam salinan surat tersebut, isi kandungannya jelas tertera menyebut nama pemohon yang bakal bernikah di Malaysia dan calon suaminya yang bernama Engkku Emran bin Engku Zainal Abidin. 


Jika betul surat isi kandungan surat mohon nikah luar negara milik Bella mungkin pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh yang terdekat. 

Sehingga kini, masih belum ada lagi kenyataan rasmi dari pasangan tersebut. Malah, kedua duanya masih berdiam diri sahaja. Namun, di media sosial telah tersebar gambar pasangan tersebut dilihat berdua bersama Nora Danish dan Nedim.

Bella terkenal dengan filem-filem pecah panggung seperti Syurga Yang Tak Dirindukan, Di Bawah Lindungan Ka'bah dan banyak lagi. Mungkin jika benar pasangan ini akan berkahwin ianya mungkin akan menjadi 'Wedding of The Year' untuk tahun ini. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.